|
Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat |
|
|
|
|
Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1947. Pada peringkat awal, bangunan sekolah ini hanya beratap rumbia, usahasama oleh penduduk sekitar kampung Sungai Sekamat diatas sebidang tanah wakaf kepunyaan allahyarhamah Hajah Shamsiah bte Mohd Jali.
Pada masa itu, ia dinamakan Sekolah Rakyat, dimana Pn. Hajah Shamsiah sendiri telah menjadi tenaga pengajar yang pertama disitu. Selama 3 bulan. Beliau telah menamatkan perkhidmatanya setelah seorang guru besar telah dihantar untuk berkhidmat disitu oleh kerajaan, iaitu En. Mohd. Ali bin Abdullah. Pada 1 hb September 1964, pihak kerajaan telah menguruskan pembinaan sebuah bangunan yang baru diatas sebuah tapak yang baru juga iaitu tapak bangunan sekarang.
Pada 22hb Jun 1964, Bangunan baru siap dibina dan mula digunakan. Bangunan tersebut terdiri daripada 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar. Ketika itu terdapat 209 orang murid dan 10 orang tenaga pengajar termasuk guru besar. Bangunan sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pelajaran Malaysia (ketika itu) pada 15hb Julai 1965.
|
|
Read more...
|